Sabtu, 15 November 2008

Asas2 Forex

Tak kenal maka tak cinta, betul tak ? jadi sebelum kita pergi dengan lebih lanjut biarlah saya menerangkan serba sedikit bahasa FOREX. Ini bukanlah senarai yang lengkap. Kalau nak tulis kesemuanya boleh buat satu ebook pula nanti.

ASK price ialah harga pasangan matawang yang kita boleh beli dari broker. Juga dikenali sebagai BUY price. ASK price sentiasa tinggi dari harga semasa kerana ia telah termasuk dengan komisen broker. Gambar rajah dibawah menunjukkan pertalian ASK price dengan harga semasa.





BID price ialah harga jualan kepada broker FOREX, juga dikenali sebagai SELL price. Harganya adalah lebih rendah daripada harga semasa. Perbezaan harga tersebut adalah sebahagian dari keuntungan broker yang kita gunakan. Gambarajah dibawah menunjukkan bagaimana pertalian BID price dengan harga semasa.



- Broker
Broker adalah institusi kewangan yang kita gunakan untuk membeli dan menjual matawang. Setakat ini, setahu saya, masih tidak ada broker dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Forex melalui internet. Yang ada tu sebenarnya orang tengah sahaja. Buat apa nak menggunakan orang tengah kalau kita boleh berurusan terus ? sebenarnya mereka ini mendapat commission dari setiap transaksi yang kita buat. Terlalu banyak, nak memilih pun sakit kepala dibuatnya. Sebagai panduan pilihlah ciri-ciri berikut

- Berdaftar secara sah

- Spread yang rendah

Instaforex

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP