Sabtu, 15 November 2008

Pengurusan kewangan

Pengurusan kewangan
Ini adalah satu subjek yang kurang diberi perhatian walaupun ianya amat penting didalam menentukan kejayaan.
Didalam dunia FOREX untung dan rugi adalah lumrah. Jangan percaya jikalau ada yang mengaku menpunyai teknik yang menjamin keuntungan. Kalau boleh mencapai keuntungan didalam 70% trading yang dibuat dah dikira amat berjaya. Terdapat guru FOREX yang hanya mencapai kejayaan hanya 50%. Mengapa dia berjaya - pengurusan kewangan yang bagus.
Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan kewangan ? Subjek ini juga agak luas, saya cuma akan menyentuh exposure kepada investment kita sahaja. Sebab utama ia boleh menyebabkan kita lingkup didalam masa yang singkat jika tidak diuruskan dengan baik.
Setiap kali kita meletakkan order, kita memberikan “risk” kepada modal yang kita miliki. Asasnya kita ingin membendung risk yang kita ambil.
Berapa peratus risk yang kita perlu ambil bergantung kepada modal yang kita ada. Kalau modalnya besar maka lebih kecillah pula risk yang kita boleh terima. Umumnya pada kadar 1%-5%. Saya menggunakan 2% sahaja walaupun modal yang saya laburkan tak sebesar mana. Sebabnya saya masih mempelajari FOREX. Nak buat apa nak risk kan duit titik peluh kita jika kita kurang yakin.
Yang dimaksudkan exposure yang boleh kita ambil ialah sebahagian dari modal kita yang boleh kita “hilangkan” tanpa memberikan impak kepada keseluruhan investment. Kerugian dari transaksi tersebut tidak melumpuhkan kan perniagaan kita.
Saya beri contoh pengurusan yang tidak baik. Katakan saya mempunyai modal sebanyak $1000. Untuk trading hari ini saya ingin mendapat keuntungan yang banyak, jadi saya memberikan exposure yang besar. High risk, high profit lah katakan (ego masih ada). Saya gunakan 20% exposure, bersamaan dengan $200. Jika analisa saya salah, dalam 3 kali transaksi sahaja modal saya akan jatuh kepada $400. Lebih dari separuh. Bukannya mudah hendak mendapatkan semula modal kita didalam keadaan asal.
Masalah utama dengan “orang baru”, semangat tinggi. Tak sabar nak buat duit banyak dengan FOREX. Jangan segan semua orang akan melalui peringkat tersebut, termasuk saya sendiri.
Saya sentuh cara pengurusan yang saya gunakan. Kita ambil contoh diatas. Seperti yang saya maklumkan, saya cuma mengambil 2% risk. Bukan lebih. Setiap kali saya trade saya akan mengira berapakah nilai 2% tersebut. Untuk $1000 kita cuma boleh mengambil resiko bersamaan $20. Kemudian kita kira nilai pip yang bersamaan dengan $20. Sekiranya “Stop Lost” kita 20 pip, maka nilai yang kita boleh trade cuma $1=1pip. Nilai unit yang diperniagakan bersamaan dengan 10000. Lihat semula bahagian unit dan pip sekiranya ia mengelirukan.
Pasti ramai yang mempertikaikan pulangan amat kecil, tak berbaloi. Dibahagian akhir nanti saya akan berikan penerangan pasal “compounding”. Cara terbaik untuk mencari keuntungan didalam dunia FOREX.

Instaforex

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP