Sabtu, 15 November 2008

Teknik yang digunakan

Teknik yang digunakan

Pada asasnya teknik terbahagi kepada dua kumpulan yang umum : FUNDAMENTAL dan TECHNICAL ANALYSIS.
Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Pada pemerhatian saya, umumnya institusi kewangan dan “big player” lebih kepada analisa FUNDAMENTAL. Majoriti peniaga FOREX lebih suka menggunakan analisa TECHNICAL. Ramai juga yang menggunakan campuran kedua-dua teknik diatas.

- Analisa teknikal
Selain Fundamental terdapat juga satu lagi teknik yang dipanggil analisa teknikal (technical analysis). Peniaga Forex yang mempunyai matlamat jangka masa panjang kebanyakan nya lebih mempercayai maklumat-maklumat asas (fundamental). Masa untuk masuk dan keluar dari pasaran pula ditentukan dengan menggunakan analisa teknikal.
Terdapat juga peniaga-peniaga FOREX yang menggunakan 100% analisa teknikal dengan jaya. Saya hanya bergantung kepada analisa teknikal. Pengetahuan dan masa yang terhad tidak membolehkan saya menggunakan kedua-dua teknik.
Berikut adalah dua diantara beberapa teknik yang digunakan dengan meluasnya. Saya hanya menyentuh Fibonacci dan candle stick kerana ini sahaja teknik yang saya gunakan dengan meluas. Guna banyak sangat teknik pun tak banyak sangat faedah. Peningkan kepala kita lagi adalah. Terdapat kelebihan dan juga kekurangan didalam setiap teknik. Cara terbaik, pilihlah teknik yang bersesuai dengan kita. Cukuplah dengan memilih satu atau dua teknik sahaja.

- Candle Stick
Jika ditejemahkan kedalam bahasa Malaysia ia akan menjadi “batang lilin”, ganjil sedikit bunyinya. jadi biarlah saya menggunakan telahan asal.
Candle stick mula digunakan oleh orang Jepun setelah sekian lama. Ia memudahkan kita menganalisa keadaan semasa. Pada asasnya cuma terdapat dua jenis candle stick. ada yang menggunakan warna merah/hijau, hitam/putih dan sebagainya. Bergantung kepada broker yang digunakan.
untuk memudahkan penerangan saya akan mengambil candle stick merah/hijau sebagai contoh. Candle stick merah membawa maksud : harga bukaan adalah lebih tinggi dari harga penutup. Dengan kata lain harga telah jatuh.
Untuk hijau pula, harga bukaan adalah lebih rendah dari harga penutup, nilai matawang yang diperniagakan telah naik.
Kaki atau di “wick” pula menunjukkan seberapa jauh harga pasangan matawang terbabit telah bergerak.
Candle stick digunakan dengan meluas. Ia amat berguna didalam menganalisa “Trend Reversal”, pertukaran arah market Forex kita.

Instaforex

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP