Sabtu, 15 November 2008

Pengenalan

Forex ialah singkatan ayat “Foreign Exchange”. Kata lain pertukaran mata wang asing. Ia nya juga merupakan satu lagi bidang perniagaan. Barang perniagaan kita ialah mata wang asing. Contohnya kita membeli USD pada satu harga dan menjualnya semula setelah nilai matawang tersebut bertambah. Perbezaan atara nilah jualan dan belian adalah keuntungan yang kita buat. Senang sahaja konsepnya kan ?

Untuk makluman semua, sebelum dunia dihubungkan oleh internet Forex hanya boleh diniagakan oleh professional seperti bank dan institusi kewangan yang besar. Internet telah merapatkan jurang yang ada. Dibantu oleh internet, Institusi yang terlibat dapat memberikan perkhidmatan Forex kepada pelanggan diserata dunia. Itulah diantara kebaikan internet yang dapat kita rasai secara langsung.

Dalam dunia forex yang sebenar, matawang dianiagakan dengan cara berpasangan. Sebabnya untuk membeli satu matawang, kita memerlukan mata yang lain.

Contoh : GBP/USD

Katakan harga semasa ialah 1.9600. atas keteguhan ekonomi GBP bertambah kuat. GBP/USD melonjak naik pada 1.9700. sekiranya pada masa itu kita ingin mengaut keuntangan bolehlah kita jual semula dan mendapat keuntungan 0.0100. pada mata umum nampak tak banyak. Tapi dalam dunia Forex 0.0100 atau bersamaan 100 pips amat banyak. Nanti saya akan sentuh semula subjek ini.

Nota : Rakyat Malaysia tidak boleh meniagakan RM dipasaran, seperti arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

Instaforex

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP