Sabtu, 15 November 2008

kesilapan

Konsep forex yang sebenar adalah Buy di Low, Sell di High. So salah siapa? signal ke? atau cikgu forex tak beritahu?
Trader juga selalu lakukan kesilapan yang seperti di bawah ni


Akhirnya yang dapat adalah float yang banyak sehingga margin call. Kalau nasib baik float sikit
tak mengapa. Bagaimana kalau float sampai -1000? last-last cari juga cikgu forex padahal diri
sendiri yang salah
Lagi satu kesalahan trader yang selalu berlaku


Selalu trader suka gatal tangan ( dalam erta kata lain tidak BERDISIPLIN ). Suka cari penyakit.
Trader macam ni, kasi 1000 signal pun atau 1000 cikgu pun still akan loss sampai bila-bila. Bila
dah loss, salahkan indicator. Indicator tak betul la. Yang pergi kelas, salahkan cikgu pulak.
Padahal sendiri yang salah. Yang untung cikgu forex. 1 Kepala RM 400, 10 jenis anak murid degil
macam ni dah untung RM 4000. Sebab tu kelas forex tumbuh macam cendawan. So salah siapa?
Penyakit yang trade suka simpan. Tak tau nak kata macam mana. Mungkin ramai trader-trader
malaysia ni kaya-kaya. Bak kata orang, alah kalau loss topup lagi. apa susah kan? Sanggup float
sampai ratus-ratus, ribu-ribu. Bila dah nak margin call baru gelabah nak topup. Lepas tu rasa
frust yang teramat sangat. Kalah orang putus cinta. Dalan hati rasa menyesal tak cut loss. Rasa
nak bersara dari forex la, tak nak main forex lagi la. Tapi salah siapa? signal ke? cikgu ke?


Lagi satu kesilapan trader adalah TAMAK. Nak cerita bab tamak, saya pun tamak jugak. Kalau
boleh nak dapat 100 pip jugak. Dahla float sampai ratus-ratus. Bila profit 20-50 pip je. Mana adil,
betul tak? Dalam forex turun naik adalah duit. Sapa yang tak nak duit. Rugi ooo sapa tak nak
duit. Tapi macam mana nak dapat duit? balik-balik yang dapat, duit kena telan lagi ada la.

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP