Sabtu, 15 November 2008

Perancangan dan rekod

Perancangan dan rekod

Merekod dan merancang trade nampak senang. Tapi pada hakikat sebenarnya ia memerlukan disiplin dan dedikasi yang amat tinggi. Amat sukar untuk mengamalkannya. Ianya amat penting bagi merekod dan menilai prestasi perniagaan kita. Umumnya kita mesti mencatit semua maklumat secara detail setiap trade yang kita jalankan. Ini adalah sebagai rujukan kita dimasa hadapan agak kita tidak membuat kesalahan yang sama. Ia juga merupakan satu process pembelajaran selain menilai prestasi perniagaan kita untuk jangka masa panjang.
Saya membuat perancangan mengikut cadangan yang diberikan oleh Dr Elder Alexander didalam bukunya “Come into my trading room”. Sekiranya berkesempatan bacalah buku tersebut. Amat bagus untuk rujukan.
Berikut ada lah cadangan yang diberikan oleh Dr Elder Alexander. ia bolehlah diubahsuai mengikut kesesuaian kita sendiri.
Trading spreadsheet.
Yang paling utama kita mesti merekodkan setiap trade yang kita buat secara detail. Ini bagi memastikan kita mempunyai keterangan yang lengkap sebagai rujukan dimasa hadapan. Tiada format yang tetap. Yang penting kita perlu merekodkan data-data penting. Antaranya Entry signal, exit trategy, masa, harga masuk, harga keluar, untung/rugi, lots/unit yg diperniagakan dan analisa mengapa kita untung/rugi.
Equity Spreadsheet
Tujuan utama equity spreadsheet ialah untuk menyukat pretasi kita. Didalam equity spreadsheet kita perlulah mencatit jumlah equity yang kita ada pada sesuatu masa. Jangka masa yang gunakan ialah bulanan. Setiap satu haribulan kita perlulah mencatit jumlah wang yang saya ada didalam akuan. Sekiranya berkurangan kita perlulah mengkaji dan mencari sebab-sebab utama. Ini membolehkan kita mencari jalan memperbaiki prestasi dimasa hadapan. Sekiranya equity menyusut melebihi dari 6% kita perlu “berehat” sebentar. Masa “berehat” ini perlulah digunakan untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi.
Trading diary
Trading diary digunakan untuk mencatit pemerhatian yang kita buat didalam setiap trade. Ini membantu kita “belajar” dari setiap trade yang kita buat. Belajar dari pengalaman adalah guru terbaik. Tetapi mengulangi kesilapan yang sama ada sesuatu yang malang.
Trading plan
Setiap peniaga FOREX mesti merancang setiap trade yang kita buat, bukan mengikut gerak hati. Selepas market ditutup pada hari jumaat waktu North America (EST), kita perlulah mengkaji setiap data dan chart yang ada. Selepas itu baru lah kita boleh membuat perancangan trade bagi minggu hadapan.
Sistem yang saya guna agak mudah untuk dipraktikakan.
Saya mempercayai sistem KISS (Keep It Simple Stupid). Saya Cuma mempunyai satu buku log dan satu Excel spreadsheet. Setiap trade yang saya buat akan direkodkan didalam log-book. Ia mengandungi maklumat asas trade tersebut serta sedikit analisis. Pada hari jumaat/sabtu saya akan mengira pretasi mingguan yang telah dicapai. Kemudian saya akan membuat perancangan untuk minggu yang akan datang. Didalam Excel spreadsheet pula saya akan mencatit maklumat asas trade yang saya buat. Selain dari rekod equity. Kemudian prestasi mingguan dan equity saya tukarkan kepada bentuk chart agar mudah untuk difahami.

Instaforex

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP