Sabtu, 15 November 2008

Masa untuk trading

Masa untuk trading
Jika kita amati setiap graph yang ada kita akan dapati pergerakan utama matawang hanya tertumpu pada masa-masa tertentu. Walaupun dari apa yang kita belajar FOREX market dibuka 24 jam. Pelik kan ? dalam dunia perniagaan matawang ini terdapat tiga pasaran utama : Asia, Europe dan North America. Selalunya pergerakan utama matawang tertumpu pada masa bertindan diantara mana-mana pasaran diatas. Sila rujuk pada gambarajah dibawah.



Jika diamati betul-betul pergerakan utama banyak tertumpu pada masa bertindan. Kita namakan ia masa “PANAS”. Pilihlah masa PANAS yang bersesuaian untuk kita melakukan trading. Perlu diingatkan terdapat juga pergerakan yang besar diluar waktu-waktu bertindan. Ini mungkin kerana perbagai sebab yang tidak dapat kita ramalkan.Tapi itu semua diluar kawalan kita. Takkan nak jaga 24 jam tengok graph. Kita hidup bukan nak tengok graph aje.

Berikut adalah contoh pergerakan market yang saya ambil pada 7 Jun 2007. Ini adalah pergerakan matawang pada hari yang normal. Kita boleh perhatikan majority pergerakan berada dalam jangka masa 4.00 pm - 12.00 am. Tidak syak lagi waktu bertindan adalah waktu yang terbaik untuk kita menjalankan perniagaan FOREX.



Saya memilih masa bertindan diantara Europe dan America. Sebabnya saya mempunyai masa dimalam hari. Masa ini amat sesuai untuk saya. Persekitaran pun lebih tenang, baru boleh berfikir. Yang penting jangan kelam kabut. Nanti perniagaan kita pun tak menentu. Saudara boleh memilih mana jangka masa yang sesuai. Pastikan ia termasuk didalam masa bertindan diatas.
Untuk makluman semua setiap tahun akan ada perubahan masa waktu jam untuk North America. Sekali dalam bulan April dan sekali lagi dalam bulan November.

Instaforex

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP