Sabtu, 15 November 2008

Currency pair

- Currency pair
Didalam dunia FOREX, matawang sentiasa dijual beli secara berpasangan. Matawang pula dibahagikan kepada dua kumpulan utama : Major currencies dan Minor currencies.
Major currencies adalah matawang utama, USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD dan AUD. Major currencies diniagakan dengan aktif.
Minor currencies pula adalah matawang yang kurang diperniagakan. Contoh minor currencies termasuk HKD dan SGD. MYR (ringgit) pula di kelas kan sebagai matawang exotic. Digelar exotic kerana amat kurang diniagakan.
Untuk berjual-beli kita memerlukan benda yang berlainan. Begitu juga dalam FOREX. kita memerlukan satu mata wang untuk ditukarkan (jual/beli) dengan matawang lain.
Untuk EUR/USD, EUR ialah “based currency” dan USD pula sebagai “quote currency”. Untuk BUY kita akan menggunakan “based currency”. SELL pula kita akan menggunakan “quote currency”.
Sekiranya harga EUR/USD pada masa kini ialah 1.5. Maka setiap 1 EUR bersamaan dengan 1.5 USD. Jual EUR dan beli USD.

- Leverage
Leverage ialah kemudahan yang diberikan oleh institusi kewangan atau broker Forex. Broker yang kita gunakan akan memberikan kemudahan “pinjaman” yang membolehkan kita memperniagakan matawang walaupun model yang kita miliki sedikit sahaja. Leverage ialah nilai gandaan modal yang disimpan didalam akaun Forex kita. Contohnya kita memasukan $1000 dan broker kita memberikan Leverage sebanyak 100 kali ganda. Dengan modal yang ada kita boleh boleh mendapatkan pinjaman sebanyak 100 kali ganta. Kita boleh memperniagakan matawang sehingga memcecah $100,000. perlu diingatkan, kalau disalah guna buruk padahnya. Jika digunakan dengan baik Leverage dalam mempercepatkan perkembangan perniagaan forex kita.

- Lots/units
Didalam dunia FOREX unit yang kita gunakan ialah Lot/unit. Sebahagian daripada broker menggunakan Lot dan sebahagian lagi menggunakan Unit. Pada asasnya Lot dan Unit adalah sama, Cuma nilainya sahaja yang berbeza
Kebanyakan broker yang menggunakan Lot menawarkan Standard Account dan Mini Account. Mini account diadakan dengan tujuan bagi menggalakan pelabur-pelabur yang bermodal kecil. Didalam Standard account setiap lot adalah bersamaan dengan $1000. setiap Pip adalah bersamaan dengan $10. Untuk Mini account pula satu lot adalah bersamaan dengan $50, untuk setiap pip bersamaan dengan $1. Mini account adalah lebih flexible dan amat sesuai untuk peniaga FOREX yang baru berkecimpung didalam dunia yang mencabar ini.
Terdapat juga broker yang menggunakan Unit bagi menggantikan Lot. 10,000 unit adalah bersamaan dengan 1 lot. Penggunaan unit adalah lebih flexible kerana kita boleh memperniagakan jumlah modal mengikut kepada kemahuan kita sendiri.
Pemahaman Lot dan Unit adalah penting dalam pengurusan kewangan. Sila fahamkan kan definasinya dengan sebaik mungkin. Nanti kita akan sentuh semula Lot/unit didalam bab pengurusan kewangan

- PIP
Pip ialah unit terkecil nilai matawang yang kita gunakan didalam urusniaga Forex . 1 pip bersamaan dengan 0.0001 matawang yang diperniagakan, kecuali untuk Yen. Untuk Yen, 1 pip bersamaan dengan 0.01 USD/JPY. Saya pasti ramai yang kurang faham mengapa unit yang diniagakan amat kecil. Nampak aje kecil, bila ditambah Leverage baru lah ia bermakna

- Spread
Spread ialah perbezaan harga nilai BID price dengan ASK price (sila rujuk BID dan ASK price). Ini adalah komisen yang dikenakan oleh broker Forex. Tiada harga tetap. Untuk BUY (belian) broker akan menawarkan harga sebenar dicampur dengan keuntungan (saparuh dari nilai spread). Kalau harga semasa 1.6000 dan spread untuk pair matawang tersebut ialah 2, jumlah yang kita perlu bayar ialah 1.6001.
Untuk SELL (jualan) adalah sebaliknya. Untuk harga 1.6000 kita perlu menjual pada harga 1.5999, harga yang lebih murah dari nilai pasaran.
Dibawah ialah contoh harga jualan dan juga belian. 0.6839 ialah harga sebenar pasangan matawang. Pada masa gambar ini diambil spread yang dikenakan ialah sebanyak 2 pip. Dua pip antara harga jualan dan harga belian. Jika kita ingin membeli, kita perlu membayar 0.6840. Bersamaan 0.6839 campur 1 pip (separuh dari nilai spread).
Untuk belian pula kita kena menolak harga pasaran dengan separuh nilai spread. Yakni 0.6839 tolak 1 pip. Harga belian ialah 0.6838.





Perlu diingatkan nilai spread adalah berbeza-beza. Bergantung kepada broker yang digunakan. Jadi carilah broker yang menawarkan spread yang rendah. Ingat, ini adalah perniagaan kita. Spread adalah sebahagian dari perbelanjaan kita. Perbelanjaan hendaklah dikurang sebanyak mungkin.

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP