Sabtu, 15 November 2008

Fibonacci

- Fibonacci
Leonardo Fobonacci da Pisa adalah seorang warga Italy yang telah menemukan Fibonacci Number . Banyak kejadian tuhan didalam dunia ini yang diasas kan dengan nombor Fibonacci. contohnya bagaimana kulit siput dibawah disusun dengan teratur.



Asasnya Fibonacci hanyalah urutan nombor. 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55,…. Untuk mendapatkan nombor yang berikut, kita cuma perlu mencampurkan nombor yang ada dengan nombor yang sebelumnya. Untuk mendapatkan nombor selepas 55 kita cuma perlu mencampurkan nombor 55 dengan 34. Hasilnya 89.
Yang menariknya apabila mana-mana nombor fibonacci kita bahagikan dengan nombor berikutnya, kita akan mendapat nombor 0.618. 34 dibahagikan dengan 55 akan memberikan jawapan nombor 0.618. Ini adalah salah satu nombor prima fibonacci.
Dan apabila kita bahagikan dengan nombor selang satu daripada nombor tersebut, kita akan mendapat 0.382. Contohnya nombor 21, nombor selang satu satu selepasnya ialah 55. apabila kita bahagikan 21 dengan 55 kita akan mendapat nombor 0.382.
Mungkin penerangan ini agak mengelirukan. Yang penting kita kena mengenali nombor fibonacci. Memang menakjubkan, Support dan Resistance selalunya terletak pada nombor-nombor Fibonacci



Untuk market yang tengah Bullish (menaik), kebiasaannya harga akan menurun sedikit pada satu ketika. Harga tersebut selalunya akan berhenti pada nombor-nombor fibonacci. Dengan merujuk kepada teori fibonacci ini peniaga-peniaga Forex dapat meramalkan pergerakkan harga sesuatu matawang.
Terdapat banyak teknik Fibonacci yang ujud. Untuk memudahkan analisa, memadai dengan mempelajari Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extension.
Saya menggunakan Fibonacci Retracement untuk mencari masa terbaik untuk memasukkan order saya dan Fibonacci Extension untuk menentukan masa terbaik untuk keluar dari market.
Fibonacci retracement ialah berkenaan kebarangkalian untuk pergerakan harga berpatah balik, sebelum ia menyambung pergerakan mengikut arah yang sebenar. Dalam chart diatas nilai fibonacci retracement ialah pergerakan harga dari 1.0 ke 0.618 (bersamaan dengan 61.8%), sebelum ia menyambung pergerakan sebenar market. Saya memberikan perhatian lebih kepada nilai 38.2% dan 61.8%. Jadi saya hanya akan menandakan nilai 38.2% dan 61.8%. Untuk bearish market, terbalikan kesemua penerangan yang diberikan.
Sekiranya terdapat banyak lurah dan puncak kita juga boleh melukis seberapa banyak fibonacci retracement yang ada. Tapi berpada-padalah bila melakarkan chart tu, takut tak boleh baca pula. Beri perhatian sekiranya terdapat fibonacci level yang bertindan. Ada yang memanggil level ini sebagai super cluster, biarlah saya menggelarkannya sebagai “Zone Panas”. Selalunya zone Panas akan menjadi support atau resistant yang kuat. Pertemuan aras 38.2% dan 61.8% selalunya memberikan tindakbalas yang kuat, jadi berhati-hati. Berikut ialah contoh Zon panas.




Fibonacci Extension pula ialah ramalan pergerakan harga selepas ia memantul daripada aras support/resistant. Fibonacci Extension membantu kita mencari masa terbaik untuk keluar dari market. Dalam chart Zone Panas diatas, Fibonacci Extension merupakan pergerak dari “C” keatas. Kita cuma perlu mengira nilai B-A. Lepas tu kiralah nilai C campur B-A di kali dengan 61.8% atau 100%. Umumnya kita hanya berminat untuk mengetahui nilai pada 61.8% dan 100%. Untuk bearish market terbalikkan cara pengiraaannya.
Secara peribadi saya sendiri menggunakan Fibonacci Retracement dan Extension dengan meluas. Begitu juga ramai lagi peniaga Forex yang ada diseluruh dunia.

Instaforex

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP