Isnin, 28 Januari 2013

UNDANG-UNDANG ISKANDAR SCHOLARSHIP KERAJAAN PERAK CETUSAN PADUKA SERI SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH

UNDANG-UNDANG ISKANDAR SCHOLARSHIP KERAJAAN PERAK CETUSAN PADUKA SERI SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH Bahawasanya pada era pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah, Yang Dipertuan memerintah di atas singgahsana takhta kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan kalid Allah Taala Malakah Wa Sultanah, maka dengan arif bijaksana dan limpah kurnianya mengadakan Iskandar Scholarship Kerajaan Perak pada tiap-tiap tahun bagi murid-murid sekolah arab dan sekolah Quran, iaitu khas kerana murid-murid yang belajar didalam Negeri Perak sahaja. Maka kurniaan Yang Amat Berbahagia dan memberikan kebajikan itu tiadalah ternilai harganya oleh sekalian isi negeri ini. Maka sebelum disempurnakan undag-undang ini, dengan kehendak dan takdir Allah SWT, berlakulah di atas hamba-Nya Duli Yang Maha Mulia yang bergelar kemudian Almarhum Qadasallah telah mangkat pada 17 September 1938 yang mendukacitakan seisi Negeri Perak. Maka dengan sempurna limpah Tuhan kepada seisi Negeri Perak mengadakan ganti Almarhum Qadasallah itu diangkat naik singgahsana takhta Kerajaan Negeri Perak yang amat di kasihi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Sir Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah. Mudah-mudahan barang dicucurkan kepada Roh Almarhum Qadasallah rahmat-Nya dan ampunan-Nya yang mendapati kepada roh Almarhum itu bersenang sentosa dalam syurga Jannat al-Firdaus. Dan jua barang dilanjutkan Allah Taala usia Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Sir Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah, suami isteri putera berputera dengan bertambah-tambah darjat yang ketinggian, serta aman sentosa limpah makmur dalam kebajikan selama-lamanya fid al-dunia wal akhirat. Aamiin ya rabbal alamin... Raja Kechil Sulong Perak Yang Dipertua : Yang Mulia Raja Harun Al-Rashid Al-Haj [ Raja Kechil Sulung Perak ] Naib Yang Dipertua : Yang Mulia Raja Abdul Rashid [ Raja Kechil Tengah ] Setiausaha Kehormat : Tuan Haji Muhammad Zain Amin [ Mufti Perak ] Ahli :- Tuan Haji Ahmad [ Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja Diraja Perak ] Ahli :- Tuan Haji Amir Yahya [ Orang Kaya-Kaya Seri Andika Shahbandar Muda Perak ] Ahli :- Tuan Haji Hashim [ Ketua Qadhi Perak ] Senarai Jawatankuasa diatas memperlihatkan susunan pegawai yang dianggotai oleh Waris Negeri, pembesar, kadi dan mufti. Ianya suatu contoh yang baik bagi memberi gambaran yang jelas betapa prihatinnya Raja terhadap pendidikan anak-anak negeri Perak, khususnya membantu pelajar-pelajar yang berpontesi melanjutkan pengajian , sama ada didalam mahupun luar negara Dinyatakan Suatua hadiah pelajaran agama negeri berharga $ 2000.00 setahun untuk murid-murid yang lulus sekolah quran yang cemerlang bagi melanjutkan pelajatrannya ke Madrasah Idrisiah, bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sumber : 1. Undang-Undang Iskandar Scholarship 2. Arkib Negara 3. Sejarah Perkembangan Pendidikan Negeri Perak

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP